Malam ni barulah ada masa lama nak ngadap tv. Belek-belek tv. Tengok cerita apa yang ada. Kalau tak... ngemas tak habis-habis. Barang-barang masih belum unpack sepenuhnya selepas pindah satu lori hari itu.

Hmmm... terpelik pula bila buka siaran tv kat atasnya tertulis Siaran Ujian DTT. Digital Terrestrial TV. Wahhh.. siaran televisyen Malaysia.. bagusnya dah tukar kepada digital. Senanglah sikit dan cantik kualiti siarannya.

Sempat snap beberapa siaran tv kat tv Mia...







Nampak gayanya TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9 dan TV AlHijrah dapat ditonton dengan kualiti transmisi digital.

Channel TV Singapore dah lama jelas dengan digital... siap HD lagi... 


 nasib ada beli tv yang ada built-in digital tuner....