Pagi tadi selepas jogging Mia singgah Kipmart nak beli udang dan ikan. Masa nak balik, boleh pula Sofea berhenti tengok gelagat hamster. 

Tersenyum dan ketawa dia bila tengok hamster. Ada yang tidur, ada yang tengah main, ada yang tengah lari, ada yang tengah makan. Majoritinya tidur bergelimpangan. Bila tengok lama-lama nampak comel pula hamster ni.

pagi tadi jogging dapat 4 lap dengan Sofea..