Salam semua. Terasa sekejapnya masa berlalu. Tup-tup dah masuk bulan Ramadhan. Puasa kali ini berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelumnya sebab Mia nak latih Sofea belajar berpuasa penuh. Kebetulan tengah musim cuti sekolah dan Sofea pun berada di kampung, jadi agak senang sedikit nak latih dia berpuasa. Hari pertama semalam, sampai pukul 5.00 petang. Hari ini pula pecah rekod dapat sampai penuh. Alhamdulillah.. syukur sangat. Akan diteruskan untuk hari-hari seterusnya. Dah berusia 7 tahun kan.. kena juga latihkan dia berpuasa.

Apa-apa pun sempena bulan puasa ini... Mia nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam... Moga amalan dan ibadah puasa kita diberkatiNya... amin..

Salam Ramadhan Al-Mubarak..