Sibuk macamana pun kita... jangan sesekali memaksa ibu menjaga anak kita tanpa kerelaan. Bila anak demam ambillah cuti untuk jaga anak. Bila ada aktiviti anak di sekolah, luangkan masa untuk bersama dengan anak kerana itu akan menjadi kenangan untuk anak bila besar nanti. Anak akan pasti ingat peristiwa-peristiwa penting dalam hidup mereka. Anak akan terasa dihargai dan tahu betapa sayangnya kita pada mereka.

Ibu dah jaga kita dari kecil hingga besar. Bila dah tua, jangan bebankan ibu untuk jaga cucu.

Jagalah hati dan perasaan ibu. Telefon dan tanyalah khabar. Janganlah waktu susah atau perlu bantuan ibu, baru nak telefon. Walaupun ibu tidak berkata, tetapi hati tetap terasa.

antara kerjaya dan keluarga... keluarga lebih penting... sayangi ibu kita sementara dia masih ada...