Support Rakan Blogger Dengan Join Segmen/Giveaway

Dah namanya blogger kan? Tak kanlah langsung tak luangkan masa untuk support rakan-rakan blogger kita. Kalau mereka buat segmen atau giveaway, kita join lah. Bukan hanya semata-mata nak menang tetapi hubungan ukhwah silaturrahim itu yang lebih utama. Inilah salah satu cara untuk hargai rakan blogger kita. Mungkin dengan cara ini, kita dapat bantu meriahkan segmen/giveaway mereka sekaligus tolong promosikan kepada pengunjung blog kita.

Bayangkan kalau dah buat segmen/giveaway tetapi tiada siapa yang mahu join? Apa perasaan kita pada ketika itu? Rasa macam nak nangis pun ada. Malu pun ada. Macam-macam ada.

Yang Mia suka bila join segmen/giveaway ini ialah Mia akan gunakan senarai peserta yang join untuk aktiviti blogwalking Mia. Sebab ianya adalah senarai blogger-blogger yang aktif. Sambil-sambil itu boleh juga kenal tuan blog yang diterjah.

Di dalam entri tahun lepas, Mia ada huraikan tentang topik join segmen/giveaway di SINI beserta contoh. Banyak sebenarnya kelebihan join segmen/giveaway ini tanpa kita sedar. Kita berblog dalam komuniti blogger bukannya seorang diri.

Bukalah minda itu, jangan malu untuk mengetengahkan blog kita pada orang lain. Sentiasa ingat dalam diri kita yang kita ini tidaklah sefamous blogger-blogger otai, jadi kena usaha untuk dapatkan lebih ramai lagi kenalan blogger di dunia blog yang sangat meluas ini. Saling bertukar pengalaman, pandangan dan pengetahuan.

Tepuk dada tanyalah selera.. nak seribu daya, tak nak seribu dalih... 


** dari pena Mia Liana......