Kisah Masa Newbie : Join Segmen / Giveaway

Saturday, May 28, 2016

Kisah Masa Newbie : Join Segmen / Giveaway



Dah terlalu lama rasanya, Mia tak berceloteh dalam siri entri blog... Kisah Masa Newbie.

Kali ini Mia nak cerita pengalaman Mia masa newbie dulu tentang salah satu aktiviti blog yang sangat-sangat Mia suka iaitu Join Segmen / Giveaway.

Cuba fikir sejenak... masa mula newbie dulu macam mana kita nak blog kita dikenali orang? Selain dari blogwalking... kita boleh juga join segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain dan yang paling penting kalau ada blogger famous. Kalau blogger famous anjurkan segmen atau giveaway, join saja. Tak menang pun tak apa. Janji blog kita tersenarai dalam blog penganjur nanti dalam entri senarai peserta.

Sekadar perkongsian dari Mia. Masa newbie dulu, trafik dari search engine sangat-sangat ciput, ye la... entri-entri di blog masih lagi sedikit lagipun banyak yang ala-ala santai daripada seo (search engin optimization). Masa itu risau juga.

Jadi salah satu cara, Mia join segmen atau giveaway mana-mana blogger dengan diselang-selikan dengan entri lain. Mia tak nak nampak ketara sangat yang Mia ni gila segmen / giveaway je. Hihihihi... kadang terasa juga diri sendiri ni. Maklumlah newbie... selalu ada rasa perasaan merendah diri takut orang fikir kita yang bukan-bukan. Konon tak ada identiti lah....terikut-ikut lah... gila trafik lah.. standard lah tu.

Jadi, jangan terlalu sangat negatif. Banyak kelebihannya bila kita join segmen giveaway ni antaranya : (yang boleh Mia fikirkan ketika ini, kalau ada yang lain silalah tambah)
  1. Bukan saja dapat trafik dari blogger yang join segmen / giveaway itu malah ada juga blogger yang bukan peserta turut blogwalking ke blog menggunakan emtri senarai peserta segmen / giveaway tersebut.
  2. Memudahkan kita untuk blogwalking menggunakan senarai peserta segmen / giveaway tersebut. Kalau bernasib baik boleh terjumpa blog yang belum kita kenali dan blog newbie, apalagi terus follow dan kenal-kenal lah ya..
  3. Kita akan dikategorikan sebagai blogger yang aktif. Hmmm... maksudnya di sini blogger lain akan tahu melalui entri senarai peserta segmen / giveaway blogger-blogger lain sebab ada link penyertaan dari blog kita.
  4. Dapat backlink dari entri senarai peserta segmen / giveaway dari blog penganjur. Dalam erti kata lain, link blog kita ada kat blog orang lain. Suka tak? Tentulah suka. Dah lah kita ni blogger newbie. Susah tau blogger lain nak letak link blog kita kat entri mereka.  Siapa kita untuk blog lain review blog kita? Renung-renungkanlah.
  5. Boleh guna entri segmen / giveaway untuk update blog. Yang ni memang syok. Kadang kan... bila nak update blog, idea tak timbul pula. Tunggu punya tunggu terus blank. Nah... join je lah segmen / giveaway dengan buat entri penyertaan. Maka terupdate lah blog kita. 
  6. Salah satu cara untuk kita support blogger lain. Senang cerita... kalau kita buat segmen / giveaway tapi tak ada blogger yang join ataupun dapat sedikit penyertaan? Sedih tak? Susah hati tak? Bayangkan betapa besarnya nilai entri penyertaan kita pada blogger penganjur, tak kisahlah entri kita itu sesimple mana pun, yang penting kita join. Akan cukup membahagiakan blogger penganjur. Betul kan...
Nampaknya point yang penting Mia dah huraikan di sini. Harap tak tersinggung dengan kata-kata Mia ni. Nasihat Mia, sebagai blogger newbie, kena banyak belajar dari korek ilmu dari blogger-blogger lama. Belek-belek entri lama mereka untuk dijadikan bahan ilmiah. Jangan malu dan segan ya...

teringat kenangan masa newbie.... boleh tersenyum sorang-sorang... (^_^)

Entri-entri lain dalam siri Kisah Newbie :

19 comments:

  1. assalamualikum.
    selamat pagi kak mia.
    Jm sebenarnya suka2 je dalam berblog pada mulanya.
    Kebanyakkan share, copy paste untuk perkongsian semula.
    Jm tak menjangka dapat berblog hingga sekarang.
    Banyak juga pertukaran nama blog.
    Kak mia salah seorang idola JM dalam berblog.
    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...yer la mula2 berblog mmg terasa janggal...sbb kita blogger yg baru...tapi lama2 kena banyak kenal dan singgah ke blog blogger2 lama...lama2 barulah kenal dan boleh beramah sesama blogger...segmen mmg kena join barulah yg baru dpt kenal dgn yg lama...terbaikkk la blogger otai lama2 ni....

    ReplyDelete
  3. Masa newbie PC tak pandai nak join segmen atau giveaway kak mia...serius sedih sangat...bila dah pandai pun kena pulih sebab kadang syaratnya PC susah nak ikuti..tapi kalau syaratnya mudah..terus join..

    ReplyDelete
  4. kunjungan malam ! terima kasih perkongsian pengalaman,
    mmg banyak yg saya leh belajar since saya blogger baru =)

    ReplyDelete
  5. lepas dapat keizinan suami baru saya beranikan diri join segmen/givawaay.. dn alhamdulillah... saya dapat byk yang positif dari join segmen dan giveway..dan suami pun dapat kesan positifnya iaitu bila dapat hadiah topup saya bagi kat dia.. hehe.. dari situ dia support..hehe...

    ReplyDelete
  6. AKAK DI TAG : http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/pencarian-bloglist-june-2016.html

    ReplyDelete
  7. Assalam kak, lamanya tak singgah sini hehe

    ReplyDelete
  8. salam semua. jom sama sama sokong Kempen Taja Shopping raya ! tak menderma share post pun jadilah!

    ReplyDelete
  9. sy join GA sbb nak tambahkan kenalan n follower.

    ReplyDelete
  10. dulu memamg rajin join segmen hehe sekarang nak update blog selalu pun susah huhuhu

    ReplyDelete
  11. kena rajin belajar dan tak perlu terdesak sangat untuk popular... lama-lama ramailah pengikut.

    ReplyDelete
  12. aida kalu giveaway yg terlalu byk syarat, kurang gemar nak join.
    sebab kekadang takde masa nak ikut semua :)

    ReplyDelete
  13. hooho.. rajin join segmen.. betull juga tu.. org buat segmen kita join je.. kalau bkn kita nk join siapa lagi?? haha..

    Blogwalking sini, jom baca artikle ini

    Apa Khasiat Sayur Celery? article...

    ReplyDelete
  14. Good sharing sis.. Kita lun masih newbie jgak.. Hihi

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum..setuju dulu masa mula2 berblog begini lah..selalu join Segmen blogger terkenal...

    ReplyDelete
  16. setiap orang ada sejarah masa lalu... best juga bila kenangkan semula ketika mula-mula menjadi blogger.

    ReplyDelete
  17. Betul tu jangan negative sangat.
    Percayalah pada diri sendiri.
    Mrs. A memula berblog dulu nak tinggal komen pun malu.

    ReplyDelete
  18. betul tu kak mia
    dpt kawan pon melalui bw lah

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.