Inilah aktiviti yang paling asas bila dah bergelar blogger. Kena rajin blogwalking. Memang kena blogwalking. Tak banyak, sikit pun jadi lah.

Ibarat kita datang melawat rumah kawan-kawan.. macam tu lah.

Tapi bila berblog separuh masa, Mia yakin ramai blogger yang tewas dek komitmen kerja, keluarga dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi kalau kita ni bergelar ibu. Mia cukup kagum dengan blogger pangkat mak-mak ni kalau rajin blogwalking, pandai betul bahagikan masa.

Pokok pangkalnya, semasa Mia newbie dulu. Memang Mia peruntukkan masa untuk blogwalking hari-hari. Masa itu, baru lagi dan belum kenal dengan komuniti blogger kenalah rajin sedikit.

Dari aktiviti blogwalking lah.. kita boleh ramaikan kenalan blogger dan banyakkan follower. Tips dari Mia. Bila bertandang ke blog orang a.k.a blogwalking, jangan malu untuk tinggalkan jejak kat shoutbox dan ruangan komen entri blog tersebut. Support each other barulah orang suka kat kita. Kena mesra dan jangan sombong.

Psssstt... Mia ni sedang kumpulkan semangat untuk blogwalking lepas ni. Yeahhhh....

** hidup di dunia blog... kena rajin-rajin blogwalking....

Entri Berkaitan :