Kisah Masa Newbie : Blogwalking Berjam-Jam


Awal pagi tadi Mia sempat blogwalking ke beberapa blog dan ada terjumpa blog baru. Link blog itu dapat dari shoutbox blogger lain. Suka tengok dia tinggalkan komen terus nak lihat entri blogger baru ini. Boleh tahan update entri. Ayat sendiri. Mulalah membelek blog dia tetapi tak komen pun entri dia. Hanya silent reader saja.

Tup-tup teringat masa Mia mula-mula berblog dulu. Masa itu ilmu blog tersangatlah cetek. Dalam fikiran asyik fikir macam mana nak dapatkan trafik untuk blog. Masa itu pengunjung tak sampai pun 100 orang sehari. Kalau ada blogwalking barulah boleh cecah 200 orang.

Bila tengok entri tips blogger otai katanya kena rajin blogwalking ke blog lain, terus Mia ikut tanpa was-was. Diakui masa itu cuma tahu itu saja. Jadi setiap hari Mia wajibkan diri untuk blogwalking ke blog-blog lain dengan harapan di hati ini agar kunjungan nendapat balasan. Bila ada blogger yang balas kunjungan, punyalah suka bukan main kepalang. Nak-nak blogger yang follower dah beribu-riban.

Setiap hari Mia peruntukkan 3 jam di waktu malam untuk blogwalking. Kalau mula pukul 8.00 malam akan habis pukul 11.00 malam. Siap ada buat senarai blog dari link blog di shoutbox Mia. Kalau tiba hujung minggu, lagilah lama berjam-jam rasanya. Sekali buka 10 blog, sambil tunggu nak loading semuanya sempat juga buat kerja-kerja rumah. Semangat memang kuat nak berblogwalking masa itu. Paling banyak dalam satu hari, pernah cecah 350 blog. Mia blogwalking secara manual guna Mozilla Firefox masa itu.

Selalunya jumlah blogger yang balas kunjungan paling tinggi 75 peratus dari jumlah blog yang Mia lawati. Paling sedikit 25%. Kalau hari cuti memang trafik blog merundum ke laut. Macam nak nangis je masa itu.

Lama-kelamaan, mungkin sebab dah banyak sangat blogwalking dari blog ke blog maka terjumpalah blogger otai seo. Dari situ baru Mia kenal erti trafik dari enjin carian. Kesiannya... bila diingatkan kembali. Tetapi bila dibandingkan dengan blogger newbie sekarang rata-ratanya dah pandai bermain dengan entri SEO. Masa dahulu, sumber tersangatlah terhad, tak ramai blogger kongsikan entri seo. Untunglah jadi blogger sekarang, terasa jeles pula Mia. Zaman dah berubah. Semuanya serba-serbi celik IT. Tidak hairanlah blogger newbie sekarang cepat naik. Tapi jangan lupa hormatlah pada blogger lama. Pengalaman berblog yang telah ditempuhi bertahun-tahun itulah yang sukar dicari.

Sampai sekarang Mia tetap ada blogwalking setiap hari ikut kemampuan. Mana-mana blog yang sempat saja. Yang tak sempat akan bersambung pada keesokan harinya...

Sekadar perkongsian pengalaman dari Mia...  (^_^)

Entri kisah masa newbie yang lain :
semalam adalah kenangan......

Post a Comment

37 Comments

  1. sama la... skrg pn usaha gak BW tp jarang2 hahaha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan usaha tu... pernah terserempak dengan komen2 budu bilis... ok la tu...

      Delete
  2. saya rasa kan mia, sjk ade hp ni lg senang nk blogwlking. x payah tunggu buka lappy@pc. saya bc blog kat hp tapi tulis blog je guna lappy@notebook

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dulu tak ada smartphone. yang ada pc dan laptop je...

      Delete
  3. haa... Zam mmg dah agak Kak Mia mmg jenis rajin bw.. boleh tgk dr bilangan yg tinggalkan komen kat setiap entri mmg selalunya tinggi..

    ReplyDelete
  4. samalah dengan shaila memang rase hendak nagis...buat entry tiada orang bace..hihihi

    ReplyDelete
  5. Biasanya begitulah...bila blog dah mantap, follower dah ramai, komen dah berlambak, xtermampu lagi dah nak blogwalking semua pengomen dan follower... Buat sekadar yg termampu. Tapi saya kagum dgn Mia...masih juga lakukan blogwalking. Sesetengah blogger otai...langsung xpernah buat.

    ReplyDelete
  6. hehe ain sebagai newbie pun selalu BW , tapi sejak sambung belajar masa dah terhad untuk BW.

    ReplyDelete
  7. Heheh.. Biasa jugak jadi silent reader ni..
    Kadang2 serbu shoutbox je laa... :)

    ReplyDelete
  8. Macam tu la saya kak...sampai sekarang ni masih berusaha untuk blogwalking seperti selalu.

    ReplyDelete
  9. ^_^" mawar juga suka jd silent reader je.
    buka blog org lain pun sbb nak cari mklmt n nak cari idea menulis.
    pastu follow blog yg rasa byk memberi info2 dan membantu utk menjana idea mawar utk menulis. heheee
    begitu juga la alkisahnya mawar jumpa blog kak mia ni. heheheee...
    ^___^" salam perkenalan yer...

    ReplyDelete
  10. sy kagum dgn kak mia..masih mmpu bls bw ke bloger2 yg newbie mcm sy walaupun follower kak dah cecah ribuan.. =)

    ReplyDelete
  11. Sbb tu la Kak Mia boleh success mcm hari ni ;)

    ReplyDelete
  12. wah, rajinnya BW. Sha malas. Tapi ada la juga BW. Sha rajin komen.

    ReplyDelete
  13. "semalam adalah kenangan"..betul tu ! tapi mmg salute la boleh bw sampai beratus2 blog, fuhh ! mmg dasyat ;)

    ReplyDelete
  14. nice entry....itulah realitinya MIa......

    ReplyDelete
  15. Pengunjung saya sekarang masih bawah 200...tapi lebih baik berbanding masa mula blogging dahulu...

    ReplyDelete
  16. hihiihihihi jgn risau qila sentiasa datang hiks

    ReplyDelete
  17. seronok baca pengalaman kak mia..kita pun kalau blh nak jadi mcm kak mia..tpi masa tu agak terhad

    ReplyDelete
  18. sejak di wordpress ni..sy jengah blog rakan2 samada melalui google plus atau pun dari browser history saya. mana yang senang ingat tu untungla... dan, saya singgah di sini.. :)

    ReplyDelete
  19. dulu newbie memang rasa kosong je..takpe,dengan usaha boleh terus maju :)

    ReplyDelete
  20. dulu buat blog sekadar isi masa lapang lepas spm.
    sekarang tengah study nak blogwalking pun tak ada masa , hehe :)
    tabik kak mia ! ;)

    ReplyDelete
  21. sally dah kena srat muhasabah diri ni...huhuhu... :(

    ReplyDelete
  22. traffik ke blog akak lg le menjunam, maklum le seting private & tiada di dalam carian google, org kata blog syok sendiiri, hu3

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum mia....betul tu mama pun baru bw dr segmen blogger emasputih...jenuh berjln...

    ReplyDelete
  24. perkongsian pengalaman mcm nie boleh bantu blogger lain untuk terus maju.. terima kasih kak.. :-)

    ReplyDelete
  25. hai mia..salam pkenalan..yat pun newbie jugak..baru berbelog...hehehe
    nice sharing...

    mamadasuki.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. betul!sebelum ni mmg jarang bw n jarang tinggal komen..sekarang mmg sentiasa gigih utk balas kunjungan dak merajinkan jari jemari ni mengomen..hehe

    ReplyDelete
  27. Hehe... Sy mmg amik msa berjam utk bw.. Mklumlh blogger smbiln je.

    ReplyDelete
  28. Wah. 350 blog. Banyak tuuuu.. Hebat Kak Mia!

    ReplyDelete
  29. byak sgt kak mia bw yeer.. saya pun smpai sekarang masih mempelajari seo , yang blogger otai tu saya respect sgt. sebb tanpa mereka kami yang newbie sape lah hihi

    ReplyDelete
  30. Saya sebagai blogger baru bila terjumpa entri ni rasa membantu sangat dan rasa semangat nk bw ❤️ Thank you for the tips✨

    ReplyDelete