Buat kali pertama dapat jemputan event luar Johor Bahru iaitu di Pontian bersama rakan JDT Blogger. Terima kasih diucapkan kepada pihak Tijani Motors Sdn Bhd yang sudi menjemput kami.








Selesai saja majlis, masa untuk jamuan makan. Sedap sungguh nasi beriyani ni.... pulang dengan perut kenyang.


Seperti biasa, Mia memang akan selfie dengan rakan JDT Blogger yang hadir. Mana yang sempat je ni. Sebab ada yang dah balik dulu, tak join sembang dan selfie. Blogger wanita JDT Blogger yang hadir ialah Juju, Eda, Uyul, Kak Seri, Sunah, Nona, Mama Maszull dan Ain.


Dengan Uyul cantik

Dengan Nona manis

Dengan Juju yang sporting

wefie



culik gambar dari Nona..


Pssttt... JDT Blogger pun ada blogger lelaki, Wazy dan Saimi



Nak beritahu... pada masa yang sama juga ada sebahagian rakan JDT Blogger yang lain sedang seronok makan-makan di Preview Buffet Ramadan, Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru.

Alhamdulillah... meriah kami di sini. Event pun telah berjalan dengan sempurna.


** gerammm je tengok kereta-kereta kat sini... sangat-sangat menggoda....