Kisah pada tengahari Rabu (18.9.2019) minggu lepas. Ketika drive nak ke pejabat lepas lunch, Mia perasan simbol bateri menyala. Isyarat amaran. Selama ini tak pernah menyala. Timbul kerisauan di hati.

Sampai pejabat, Mia terus google apa maksud bila simbol bateri menyala. Ini adalah tanda-tanda yang alternator kereta di penghujung hayatnya. Tak boleh hantar ke bengkel esok. Kes darurat ini.
Snap semasa berhenti sekejap 

Makanya, selepas ambil Sofea balik petang itu terus Mia ke bengkel. Dalam hati, agar masih boleh bertahan lagi kereta ini. Mujur boleh dibaiki dan siap pada malamnya.

Masuk bengkel


Alternator yang lama

Dah pasang alternator baru

Simbol bateri dah tak menyala


Selesai jua akhirnya. Lega terasa di hati ini. Agak terlambat sedikit Sofea pergi ngaji malam tu. Ustazah ok.. sebab dah maklumkan awal akan datang lambat.

Alhamdulillah....  nasib perasan dan cepat-cepat hantar bengkel.


** kisah kereta kesayangan... (^_^)