Dah tiba masanya untuk jumpa doktor gigi. Penjagaan gigi perlu dititikberatkan. Makanya Mia buat appointment pada jam 6.00 petang 11 Disember 2019 di Klinik Medissa Care, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.




Scaling.. cuci gigi agak lama sebab doktor buat secara perlahan dan teliti untuk bersihkan segala kekotoran dan sisa makanan di celah gigi. Kalau dibiarkan lama, boleh jadi keras dan lagi susah nak dibersihkan. Memang terasa ngilu dan berdarah gusi Mia. Sepatutnya... walaupun kita berus gigi hari-hari, kita kena buat scaling cuci gigi ini setiap 6 bulan.

Whitening pula... Mia buat satu cycle. Sebab kali pertama. Takut gigi jadi terlalu sensitif nanti. Dalam tempoh 24 jam kena jaga pemakanan. Tak boleh makan yang ada coloring. Doktor cadangkan buat 3 cycle whiening baru boleh putih sepenuhnya. Nampaknya tahun depan lah baru buat.

Selepas selesai, memang ada kesan sakit di sekitar gusi seketika. Tapi sementara sahaja. Lepas itu dah selesa.


** jom jaga gigi kita...