Sebelum ini Mia ada cerita kat SINI tentang suntikan dos pertama vaksin Mia. Selanjutnya, Mia dapat temujanji dos kedua vaksin pada Khamis 9 September 2021. Kali ini Mia datang lebih awal sedikit dan alhamdulillah cuaca pagi itu cantik dan tidak hujan. Mia tak pakai baju sejuk memandangkan baju yang Mia pakai dah tebal.

Sampai-sampai saja Mia terus masuk ke dalam Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, Johor Bahru. Kad vaksin wajib dibawa. Mujur tak ramai orang jadi tak lah Mia nak menunggu lama.


Debar-debar juga nak suntik dos kedua vaksin Pfizer ini. Sebab rata-rata kata yang kedua kesan sampingannya lagi teruk. 


Menunggu masuk ke Laluan Dos 2. Dalam hati alangkahnya girangnya, tidak ramai orang macam masa nak dos pertama dulu. Terlupa nak snap nombor giliran Mia kali ini.


Menunggu di ruang sini sebelum masuk ke ruangan menunggu luar bilik suntikan.


Selesai disuntik. Pada masa ini, tangan kiri dah mula lenguh dan berat. Ada rasa denyut-denyut di tempat yang dicucuk. Rasanya dos kedua ini lagi kuat. Sebab masa yang dos pertama dulu, selepas suntik tiada rasa macam ini.


Menunggu nombor giliran dipanggil untuk ambil kad vaksin yang dah siap serta lihat update terkini dalam aplikasi MySejahtera.


Alhamdulillah. Selesai sudah urusan suntikan dos kedua vaksin di sini. Moga kita semua dilindungi. Masuk saja ke dalam kereta, cepat-cepat Mia telah panadol activfast dua biji. Sampai rumah, terus rehat dan tidak buat apa-apa kerja.


Sehingga ke entri ini ditulis, Mia dah sihat sepenuhnya. Kesan sampingan yang Mia alami selepas suntik dos kedua vaksin ialah mudah rasa penat dan badan rasa dedor. Suhu paling tinggi 38°C. Ada alami alergik gatal-gatal tetapi selepas makan ubat dah semakin pulih. Rasa syukur sangat. Jika dibandingkan dengan kesan selepas dos pertama, dos kedua kali ini tidak seteruk dos pertama.