image Suntikan Dos Pertama Vaksin Di Dewan Muafakat Johor Taman Adda - Mia Liana

Tuesday, 24 August 2021

# From Me # Health

Suntikan Dos Pertama Vaksin Di Dewan Muafakat Johor Taman Adda

Mia dapat temujanji dos pertama vaksin pada Khamis 19 Ogos 2021 jam 7.30 malam di Dewan Muafakat Johor Taman Adda, Johor Bahru. Punyalah nervous sangat sebab dah lama tak kena inject. Macam-macam yang timbul di fikiran dan sentiasa berdoa agar selamat semuanya. Bimbangkan kesan sampingan vaksin ini sebab setiap orang kesannya tidak sama.


Pagi hari itu, hujan dan bila sampai dah banyak kereta parking di tepi jalan. Agak susah juga nak cari parking. Hampir pukul 10.00 pagi Mia baru masuk ke dalam dan duduk di khemah luar. Dalam hati ramainya orang.


Hujan masa ini. Lepas parking. tunggu dah gerimis baru keluar dari kereta.

Duduk di khemah luar dewan.

Tunggu giliran dipanggil untuk isi borang.

Nombor angka giliran Mia, 0392.

Selepas itu, ke bahagian sini untuk jumpa doktor.

Doktor bagi penerangan positif tentang vaksin dan tanya kesihatan Mia. Alhamdulillah Mia sihat cuma ada alahan pada makanan seafood. Mia dapat vaksin Pfizer.
 
Menunggu giliran di depan bilik suntikan. Tak kira pula dah berapa kali tukar kerusi setakat ini. Banyak juga.

 
Masa ini dah terasa berdebar dan cuba kawal emosi diri.

 
Baru keluar dari bilik suntikan. Alhamdulillah, syukur sangat dah selesai dos pertama vaksin.

 
Menunggu giliran dipanggil untuk ambil kad vaksin dan penerangan segala kesan sampingan vaksin perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera.

Mia keluar dalam 12.15 tengahari dan bergambar di sini. Ramai orang mula beratur panjang nak masuk ke dalam dewan.



Alhamdulillah, selesai sudah suntikan dos pertama vaksin di sini. Mujur Mia pakai baju sejuk dan kasut. Memang sejuk sangat kat dalam Dewan Muafakat Johor ini.

Sehingga ke entri ini ditulis, hari keenam selepas dos pertama, barulah Mia rasa sihat sedikit. Kesan sampingan yang Mia alami ialah sakit-sakit sendi dan tulang, kadang-kadang rasa bisa kat badan, mudah letih. Mia banyakkan rehat. Pakai stokin dalam rumah dah macam orang dalam pantang bersalin. Ada ruam gatal sedikit di kaki. Mujur Mia tak demam cuma suhu badan naik 37.3°C pada sebelah petang selepas vaksin. Terus Mia banyakkan minum air masak. Pergi kerja sekejap semalam pun Mia tidak boleh lama kena aircond.


Harap sangat untuk suntikan dos kedua vaksin nanti Mia tak ada kesan sampingan yang teruk. Amin....


** bersambung ke entri suntikan dos kedua di SINI

14 comments:

  1. Tahniah dah selesai dos pertama. Lama jugak effect dia ye. Husband, mak dna ayah mentua ritu cuma bengkak tempat cucuk je. Pahtu melepak. Dose kedua minggu ni harap baik-baik saja. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... terima kasih. cepat tu dah nak second dose...

      Delete
  2. Alhamdulilah Mia, tahniah, stay safe yaaa...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selesai dos pertama ya.
    Tudung, mask dan payung sedondon nampaknya hehe

    ReplyDelete
  4. Ramai yer masa kak mia pergi ?. masa ain pergi kat UTM alhamdulilah cepat giler ... Supsapsupsapp dah siap . Alhamdulilah semoga Allah sentiasa melindungi kita semua .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. ramai penuh dalam dewan... untunglah ain tak ramai orang kat situ...

      Delete
  5. Tahniah dah dapat vaksinasi
    Tunggu dos lengkap ke 2 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank WP... tu la berdebar juga nak ke 2 dos ni...

      Delete
  6. Hi sis mia. tahniah dh dapat vaksin dos 1. cuma nak tanya, sana boleh ke bawak byi 1thun ?

    ReplyDelete