Kasut Sekolah Pallas Jazz Selesa Dipakai Sepanjang Hari

Kepentingan memilih kasut sekolah yang berkualiti dan tahan lama sangat dititikberatkan oleh ibu bapa demi keselesaan pemakaian kasut sepanjang hari di sekolah. Kasut Pallas Jazz menepati kehendak dan keperluan ibu bapa masa kini. Ianya selesa dipakai dengan pelbagai ciri-ciri yang tersendiri yang mungkin tidak terdapat pada kasut sekolah jenama lain.


Musim persekolahan tahun ini, seperti biasa Sofea memakai kasut sekolah Pallaz Jazz. Sofea suka pakai kasut ini, katanya ringan dan kaki tak sakit bila pakai lama atau berjalan. Mia ikutkan kehendak Sofea. Lagipun kasut ini tahan lama cuma terpaksa tukar baru sebab saiz kaki semakin besar. Puas hati betul dengan kasut ini.


Memang best kasut ini. Ianya mempunyai ciri-ciri yang anda sendiri mungkin baru tahu apabila membaca artikel review ini. Di sini Mia nak kongsikan ada 2 ciri utama yang unik tentang kasut sekolah Pallas Jazz yang bertali ini.


Rubber Insole - Pelapik tapak kaki berlapisan getah di dalam bahagian bawah kasut ini berfungsi untuk membantu keselesaan yang optimum ke atas kaki anak anda kerana ianya mempunyai daya kekenyalan untuk menyerap hentakan kasut. Ia turut memberikan lantunan yang baik dan mengurangkan kesan impak ketika berjalan, berlari, melompat atau berdiri. Secara tidak langsung ianya mampu melindungi sendi kaki anak anda daripada rasa sakit semasa menjalankan aktiviti di sekolah.


Arch Support – Lapisan getah pembetulan untuk lengkungan semula jadi kaki terdapat pada bahagian atas dalam kasut direkabentuk untuk mendapat keselesaan optimum bagi sokongan tapak kaki di bahagian bawah tengah kasut. Ciri ini dapat mengurangkan kesakitan atau ketegangan pada otot kaki anak anda semasa berjalan atau ketika berdiri. Kaki anak anda tidak akan mudah letih bila terlalu lama memakai kasut sekolah ini.


Jika anda perasan, alas tapak di bahagian yang bertanda kuning, adalah melengkung ke atas sedikit dan ianya membantu menyokong tapak kaki anak anda ketika sedang memakai kasut ini.


Dengan adanya dua ciri utama ini, sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap keselesaan kaki anak semasa musim persekolahan, Kasut Pallas Jazz adalah pilihan yang tepat dan bijak. Dipercayai sejak dahulu lagi, tanpa perlu disangkal lagi.

Jom beli kasut sekolah Pallas Jazz. Jika tidak sempat nak datang ke kedai kasut sekolah, boleh juga beli melalui online, di https://www.wow2wee.com . Oh ya... Anda tidak perlu bimbang. Wow 2 Wee adalah Pallas Authorized Dealer. Jadinya kasut Pallas yang dijual adalah berkualiti dan original.


Post a Comment

0 Comments