Kopek Buah Rambutan

Kebetulan semasa nak balik rumah keluarga Mia di Parit Raja petang tadi, saja drive santai-santai lalu Pontian. Kalau lalu highway agak jammed. Alang-alang dah lalu, ada pula gerai jual buah-buahan tepi jalan. Singgah terus beli buah rambutan untuk Ayah Mia. Ada lah sedikit buah tangan bila balik kampung. Tidak lah dengan tangan kosong.



Kalau buah rambutan begitu saja, memang lambat lah habis. Makanya, kena kopek kulit rambutan dulu. Senang dimakan dan cepat habis nanti. Selepas siap dikopek kulitnya, isinya dicuci bersih dan simpan dalam peti ais. Kemudian, dimakan sejuk-sejuk, sedap....


** Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung yang beragama Islam.... 

Post a Comment

0 Comments