Petang-petang kalau balik kerja, selalunya akan bawa Sofea main buai kat padang depan rumah. Ada tempat permainan untuk kanak-kanak. Hmmm.. kalau dah kat depan rumah, tiap-tap hari lah boleh main buai. Sofea memang suka. Lagilah musim sekolah ni, ramai pula budak-budak yang main kat sini. Ada court badminton lagi, selalunya main badminton waktu siang dan sepak takraw waktu malam. Kalau malam memang terang kat depan ni, ada lampu spotlight di pasang MPJBT. Bila siang tutup sendiri.

Yang selalu layan Sofea kalau main buai ni, ayah dia lah. Mia pula tukang layan dari depan.  Uikkk! Sofea pakai baju tidur ke? Nak beritahu ni, Sofea memang dah dimandikan dan dipakaikan baju malam dulu bila Mia ambil dia lepas balik kerja. Senang, bukan? Balik je dah boleh buat kerja lain.

Apa-apa pun jom tengok aksi anak dan ayah ni main buai.








p/s: buai laju-laju sampai pokok sena, apa dalam baju sekuntum bunga cina.....