Alhamdulillah.. syukur Mia... Blog ini telah mencapai sasaran follower melebihi 3000 menjelang 2011. Terima kasih tidak terhingga kepada blogger yang sudi follow blog Mia yang tidak seberapa ini. Mesti tertanya-tanya macam mana Mia boleh sampai ke tahap ini.

Untuk pengetahuan semua... walaupun blog ni sudah wujud dari tahun 2007, widget Follower ini Mia baru letak pada bulan Mac 2010. Ini bermakna selama 9 bulan, Mia cuba sedaya upaya hendak mencapai sasaran ini. Mula-mula rasa macam mustahil, tapi lama-lama impian menjadi kenyataan. Memang tidak dapat dinafikan, bukan senang nak terjah blog baru untuk di follow dan tidak semua blog yang kita follow tiu akan follow kita balik... 

Strategi Yang Mia Lakukan :
  • Update entri setiap hari (kalau boleh)
  • Menukar templat blog sebulan sekali (ramai yang suka)
  • Membuat entri yang pelbagai bagi menepati citarasa pengunjung
  • Membuat pengunjung gembira dan suka untuk datang kembali ke blog Mia
  • Membuat pertandingan dan hadiah kepada follower bertuah
  • Sentiasa cari blog baru untuk di follow
  • Follow balik blogger yang dah follow blog Mia (tak semua.. ada yang tiada link)
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan (blogwalking, exchange link, komen entri)
Follower amat penting sebenarnya bagi memastikan populariti satu-satu blog. Setuju tak? Apa yang Mia nampak sekarang ni, kalau kita buka blog orang lain, apa yang kita cari dulu? Mesti lah bilangan follower dia, kan?

Sejak follower dah ramai ni, Mia rasa suka sangat sebab entri mudah dapat komen daripada pengunjung. Mudah dapat BE dari Nuffnang. Mia pun dah dapat ramai kawan sekarang ni. Semoga pengunjung akan mendapat manfaat dan maklumat yang berguna dari blog Mia ni.

p/s:  kalau tak suka dan nak komen tentang kekurangan blog Mia ni, dipersilakan...