Hmm... ramai blogger dah bercerita tentang Cik Shida yang famous ni. Ada juga yang respon positif dan ada juga respon negatif. Mia paling suka tengok video mimingnya yang CIK SHIDA BER'MIMING' # 13 (VOL.2) - 'Kalau Berpacaran' by Sohaimi Mior Hassan . Ramai betul yang tengok sebanyak 161,509 views setakat ini. Video-videonya diupload dalam YouTube. Tapi sayangnya dia dah tutup ruangan komen dan videonya tidak boleh diembed ke tempat lain. Demi menjaga privasi dia rasanya.

Apa pun Mia sebenarnya terpegun dengan bakat Cik Shida ni. Mia memang minat muzik dari kecil lagi, sebab itu kat rumah selalu menari dan karaoke. Tapi tak terfikir pula sampai ke tahap Cik Shida. Cik Shida ni berbakat besar. Kalau jadi pelakon dan pelawak memang jadi. Susah nak ada bakat yang macam ni. Memanglah mula-mula ramai yang kritik sebab belum pernah ada orang yang buat macam ni. Kerja-kerja seni macam ni harus dihargai. Kita ambil la dari sudut positif. 

Dulu masa Neil Armstrong nak pergi bulan, semua orang kata dia gila. Begitu juga dengan saintis Albert Einstein yang banyak membuat inovasi dalam bidang fizik. Memang jauh kalau nak dibanding dengan Cik Shida. Tapi secara tak langsung Cik Shida ni telah menghasilkan karya seninya di dalam arena muzik ini. Terkenal seluruh dunia melalui Facebook dan YouTube sahaja. Mia tak pasti, rasanya Cik Shida tiada blog sendiri. Betapa dahsyatnya... respect kat Cik Shida ni makin lama makin best videonya. Cara make-up, miming dan video editing. 




Bukan senang nak buat video yang macam ni kalau buat seorang. Teknologi IT sekarang ni dah berkembang maju Cikgu Bahasa Inggeris  opppss Cikgu Muzik pun boleh buat video sendiri. Tahniah!


p/s: jangan marah. ni pandangan ikhlas mia terhadap cik shida.