Susah nak cakap tentang naluri ibu bapa ni. Bila lihat anak orang lain naik basikal, timbul hasrat di hati nak belikan Sofea basikal juga walaupun masih 1 tahun 4 bulan usianya. Sofea dah mula berjinak-jinak dengan basikal Arian, cucu Mak Semah. Asyik nak pegang dan duduk atas basikal itu aje.

Pada Selasa 14 Disember 2010, waktu tengahari selepas menghantar kereta kesayangan Mia masuk workshop di Plentong, Mia dan suami pergi ke kedai basikal di Taman Perling. Susah juga nak buat pilihan. Tiba-tiba mata berkenan pula kat basikal warna pink siap ada bunyi lagi. Ada beberapa lagu. Nampak menarik dan terus beli dengan harga RM75.00.




Rasa macam dah tak sabar je nak tunjukkan pada Sofea. Kami pergi terus ke rumah Mak Semah. Bukan main suka Sofea, melebar senyum dapat basikal baru. Walaupun tak sampai kakinya ke bawah, bila tekan butang, lagu kanak-kanak terus berbunyi. Lampu pun ada siap kelap-kelip lagi. Sofea pun ikut nyanyi sama. Gembira tak terkata.






p/s : saat yang paling kami tidak dapat lupakan apabila nampak riak muka Sofea sangat ceria dapat basikal baru...