Selasa, 14 Disember 2010, kereta kesayangan Mia telah dihantar ke Pusat Servis Hyundai di Plentong. Ini berikutan aduan yang Mia buat 3 bulan sebelumnya tentang cat di sebelah bahagian kiri kereta mengeluarkan tompok-tompok kuning cair. Mula-mula sedikit, lama-lama jadi banyak. Alhamdullah, aduan telah diluluskan dan masih dalam warranty. Yang lainnya, kedua-dua seat belt holder berbunyi, side mirror kiri bergegar, rear bumper belakang ada terkeluar sedikit.





Hari Sabtu, 18 Disember 2010, siaplah kereta kesayangan Mia ni. Nampak cantik selepas di cat semula. Mia baru gunakan kereta ni dalam 16,+++km. Warranty cat sehingga 20,000km. Mia selesa menggunakan kereta jenis ini. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Senang nak dipandu dan nak parking.

Jom tengok kereta Mia selepas keluar dari workshop.... zasss...