Kami sampai di tempat letak kereta di PWTC jam 8.30 pagi. Kemudian bersiap-siap mana yang patut. Jauh tu perjalanan. Keluar rumah dalam jam 4.30 pagi. Semasa tercari-cari di mana lokasi Bilik Redang, berjumpa dengan Abang Ben dan Bro Framestone. Kami sama-sama naik escalator ke atas.

Selepas pendaftaran, kami disediakan minum pagi. Wahhh.. ramainya blogger-blogger yang dah sampai. Mia terus lepak dengan Feroz dan geng dia. Borak punya borak... lepas tu, bergambar sakan. Macam biasalah, bukan senang nak jumpa ni, ditambah pula perjumpaan ini kosnya ditanggung IPPBM (http://www.ippbm.gov.my). Bila di sini, rasa sebak dan terharu, begitu kami blogger ini dititikberatkan oleh kerajaan.

Mula-mula sekali program ice-breaking. Seronoknya.. terasa macam kem motivasi pula. Bob yang begitu menceriakan pandai menghidupkan suasana. Semua kena beratur mengikut jantina, bulan lahir dan akhir sekali kedudukan di dalam keluarga (anak ke berapa) sehingga kami dibahagikan kepada kumpulan.

Mia berada di kumpulan 1 dan ahli-ahlinya ialah Abang Ben, Shafie, Farah, Imran dan Nik Marni. Kami semua bertambah mesra dengan Abang Ben yang banyak berkongsi pengalaman dan pendapat. Kemudian, kami mendengar beberapa sesi taklimat dan ceramah dari Khaireel, presiden ITYM. Sebenarnya terlalu banyak informasi yang hendak disampaikan cuma masa tidak mencukupi. Ramai juga yang tidak berapa faham sangat pada mulanya dan ada juga yang ngantuk(online sampai tengah malam). Apa-apa pun ilmu yang dicurahkan sangat bermakna bagi kami dan tidak rugi hadir ke program ini.

Jam 1.00 tengahari, kami semua mula serbu tempat makan. Memang best katering ini, sedap makanannya. Siap tambah lagi. Ada juga yang bungkus bawa balik rumah. Buat macam rumah sendiri. Sambil makan sambil berborak dan berkenalan dengan yang lain.

Sesi petang pula kami perlu mengeluarkan idea dan memberi pendapat tentang 2 tugasan yang perlu disediakan dan dibentangkan. Abg Ben mewakili kumpulan 1 dan membentang 3 usul. Kami satu kumpulan ceria dan gembira dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Suami Mia pula bentangkan usul untuk kumpulan 4. Penuh dengan macam-macam gaya hendak memahamkan semua orang. "He's so adorable, that's why I love him so much!"

Program diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta. Selepas itu sesi bergambar sakan. Senyum sana.. senyum sini... sampai letih urat pipi... Suka sangat lah. Memang best benar.

Jom tengok gambar... zasss....



















Terima kasih kepada ITYM (http://www.itym.blogspot.com) dan IPPBM yang menganjurkan program buat julung pertama kalinya. Walaupun yang hadir kurang daripada sasaran 100 orang tetapi terasa meriah sangat. Selepas ini SENYAP 2.0, tentu lagi meriah sebab dah ramai yang masuk dalam group SENYAP (di invite oleh ahli SENYAP 1.0).

p/s: Sampai rumah hampir tengah malam sebab jalan terlalu sesak di Lebuhraya PLUS menuju ke Seremban dan ada kemalangan jalan raya melibatkan 6 buah kereta sebelum Sedenak. Syukur, kami sampai rumah dengan selamatnya...