Pada hari Krismas yang lepas (25 Disember 2011), Mia sekeluarga telah pun bertandang ke kenduri kahwin yang dibuat oleh sepupu Mak Mia di Kampung Paya Batu, Kluang. Dalam banyak sepupu Mak Mia ni, Mia paling rapat dengan Cik Mail.

Dulu masa praktikal diploma di Shah Alam, Mia pernah tinggal selama 4 bulan dengan Cik Mail pada tahun 2008 di Kolej Perindu 3, UiTM Shah Alam. (tak berapa ingatlah Perindu 2 ke Perindu 3. Kolej yang kat belakang sekali tu menghala ke padang). Masa tu Cik Mail jadi Fellow untuk asrama lelaki.

Mia memang rapat dengan anak-anaknya. Masa dulu mereka ni kecil-kecil lagi. Bila pergi kenduri kahwin, masa inilah baru berjumpa selepas bertahun-tahun lamanya tidak jumpa, semua dah besar-besar belaka. Dapat juga melepaskan rindu...

Jom tengok gambar sekejap.... zassss...

Jah, Acip dan Naufal

Jazman, Biela, Ayah Mia, Mak Mia dan Suami Mia

Biela, Ayah Mia dan Mak Mia






Gambar kenangan bersama Cik Mail sekeluarga.... zasss...




Bapa dan Mak Pengantin (sepupu Mak Mia) sibuk sangat. Jadi, tak sempatlah nak bergambar dengan mereka.

p/s: agak terlambat sedikit memasukkan entri ini ke dalam blog... ambil masa agak lama nak memilih gambar...