Eh! Kenapa ada 2 shoutbox di Mialiana.com? Satu guna Fibox dan satu lagi guna iShoutbox. Mia bukannya tamak tapi tengah testing nak tengok mana satu yang lebih sesuai dan mudah. Sebenarnya, Mia cuma nak guna satu shoutbox sahaja. Sukarnya ingin buat pilihan yang tepat. 

Ramai blogger guna Fibox sebab lebih ringan dan senang loading. Masalahnya masih lagi dalam beta version dan settingnya tidak berapa banyak.


iShoutbox pula lebih menepati citarasa Mia dan mempunyai ciri-ciri mesra alam dan sistem keselamatan yang lengkap. Boleh ada registered users dan ada set smileys yang menarik. Boleh juga check IP address pengunjung blog. Masalahnya ia agak berat dan lambat sedikit untuk loading.


Tak tahu lah nak pilih yang mana satu tapi target minggu depan mesti ada tinggal satu shoutbox sahaja di blog ini. Hmm.. ni semuanya gara-gara Shoutmix free service ditutup.

p/s: boleh shout di mana-mana dulu buat masa ini...