DiGi WWWOW Awards 2012 - Di Sebalik Video Promo

Bincang punya bincang, akhirnya Mia buat keputusan nak buat video promo di butik RSFG DCM malam tadi. Nasib ada pelakon lain, Jijah dan Ain.

Dalam pukul 8.40 malam kami sampai di butik RSFG DCM. Ni semua kerja-kerja bidan terjun. Cuma bincang sekejap di pejabat, terus confirm buat malam itu juga. Mana lagi nak cari masa, Jijah pula sibuk dengan bisnesnya di sebelah malam. 

Peralatan kami simple sahaja. Tiadalah yang best-best. Cuma handycam dan tripod dan juga mikrofon.

Terus terang Mia katakan di sini, kami semua memang tidak pandai berlakon, tapi dah cuba buat sedaya upaya. Lakonan bersahaja dengan skrip spontan. Nampak macam kaku pun ada, tapi yang penting dah usaha.

Memang susah nak berlakon. Kami selesai dalam pukul 10.00 malam. Itupun selepas masing-masing puas hati lepas tengok video yang dirakam. Sampai sakit tekak dibuatnya. Habis, asyik ketawa sahaja, bila lah nak habis.

Mia akan edit dan pilih babak mana yang patut untuk video promo ini.. Sabar ya.. nanti bila dah siap, Mia akan upload.

Krew kami cuma ada 5 orang sahaja... Jom tengok... zasssss






p/s: terima kasih kepada semua yang menjayakan rakaman video promo ini....