DiGi WWWOW Awards 2012 - Suara Sofea Berkempen

Di kala malam yang tenang ini, Mia pun sunting suara Sofea yang telah pun dirakam semalam. Mula-mula ajar dulu apa yang nak dikatakan. Ternyata Sofea memang mudah ingat. 

Rakaman hanya menggunakan microphone sahaja. Macam-macam gaya dan cara Sofea ketika suaranya dirakam. Ada juga menokok nambah ayat dia sendiri dan kemudian pula dia nyanyi lagu drama Cinta Elysa.

Jadi, Mia pun pilih yang mana paling sesuai dan inilah hasilnya.... Klik SINI untuk dengar suara Sofea berkempen. Ianya akan diperdengarkan dalam radio GomoFM dan SenyumFM.

"Apa yang penting... kerjasama. Undilah mak saya wwwow!"

Sesi undi/vote akan bermula mulai 23 April - 13 Mei 2012. Undilah Mia setiap hari untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012. Klik SINI untuk ke page undi/voting.

Suara rakaman Mia belum sempat dibuat lagi.... buat satu persatu dulu.

p/s: dah mula nampak bakat lakonan dan nyanyian yang ada dalam diri Sofea...