Rindu di hati pada Sofea terubat bila menerima emel daripada Bella, adik Mia mengirimkan gambar-gambar Sofea. Memang diakui minggu ini Mia amat sibuk jadi Mak dan Ayah Mia yang jaga Sofea di kampung Batu Pahat. 

Nanti selepas habis exam barulah Mia balik kampung ambil Sofea. Sofea memang seronok duduk kat kampung. Petang-petang siram pokok bunga dengan neneknya. Bila angin kuat, main layang-layang dengan Bella.

Jom tengok gelagat Sofea bersolat ketika Ayah dan Mak Mia berhenti rehat untuk solat di stesen Petronas hari Khamis lepas (19 April 2012) sebelum masuk highway PLUS untuk balik kampung....







p/s: belum sempat lagi nak cari dan belikan untuk Sofea.. telekung kanak-kanak....