Earth Hour 2012 - 31 Mac 2012

Kami menyahut cabaran untuk Kempen Earth Hour 2012 kali ini. Tahun lepas, bertiga dengan Sofea, tapi kali ini berdua sahaja. Tiba-tiba semalam petang atuk dan neneknya sampai dan terus nak pergi ke rumah adik Mia di Pasir Gudang. Sofea terus ikut, pantang kalau bab jalan-jalan ni, memang suka sangatlah Sofea.

Jadi bila dah tepat jam 8.30 malam, kami mulalah matikan semua peralatan elektrik dan hidupkan lilin. Suasana agak romantik, borak-borak berdua ala-ala santai... 1 jam sahaja kami bergelap...

Jom tengok kami...zasss....




Walaupun sumbangan kami terhadap kempen Earth Hour 2012 ini hanya di rumah, tetapi turut membantu acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan WWF dan diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac. Bersama-samalah kita menangani masalah pemanasan global.

p/s: bayangkan kalau semua rumah bergelap... tentu best kan?

Entri berkaitan :