Sekarang ini, pelajar-pelajar OUM sedang meminta soalan-soalan final exam yang lepas daripada senior. Ini berikutan pengumuman yang dibuat pada bulan Mac lepas dalam myVLE...

"Dimaklumkan bahawa mulai semester Januari 2012, hanya dua (2) set soalan peperiksaan untuk setiap kursus bagi dua semester yang terakhir akan dipaparkan di portal myLibrary."

Ramai juga pelajar-pelajar junior minta daripada Mia. Jangan kecil hati, bukannya Mia tak beri, cuma bagilah sedikit masa untuk Mia. Perlu masa untuk cari. Memang Mia simpan semuanya.

Bila Mia kumpulkan.. banyak pula, kalau nak di scan mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit. Segannya, ada banyak conteng-conteng kat dalam tu. Tiba-tiba timbul pula idea untuk letak dalam blog ini dan kemudian pandai-pandailah nak download sendiri nanti. Harapan agar dapat dimanfaatkan bersama-sama dengan pelajar-pelajar OUM lain.

Mia tak janji bila. Tapi bila dah siap scan semuanya Mia akan beritahu.

p/s: debar-debar ni... nak final exam tak lama lagi...

Entri berkaitan :
Download Koleksi Soalan Peperiksaan untuk Bachelor of Information Technology Open University Malaysia