Hmmm... sekarang dah masuk 2 tahun 2 bulan sejak Mia gunakan kereta Getz ini. Dah nak dekat 44,000 km. Alhamdulillah kereta ini Mia guna dengan cermat, masih lagi elok dan molek sehingga kini. Dijaga dan diservis bila mengikut jadual.

Kalau tengok kat meter tu, penggunaan terkini ialah 43,672km dengan 8.4 liter/100km. Tak pasti pula jimat minyak ke tidak. Asalkan Mia selamat pergi ke tempat kerja dan balik rumah.

Walaupun kereta Getz ini agak compact dan kecil tapi Mia sungguh selesa menggunakannya. Cuma bila nak parking sahaja memang cukup berhati-hati takut terlanggar kereta orang atau objek lain.

Apa-apa pun Mia suka sangat kereta ini sebab nampak comel dari jauh.

p/s: pertama kali terpandang kereta Getz ni dulu, terus terpikat...