DiGi WWWOW Awards 2012 - Manchester United Arctic Ice Fan Club : Sponsor Kempen Mialiana.com 

Sila klik pada gambar untuk besarkan

Semasa sibuk Mia berkempen di sana.. di sini... Manchester United Arctic Ice Fan Club pula telah berminat untuk menjadi sponsor kempen Mialiana.com ini. Suatu penghargaan yang terlalu bermakna buat Mia. 

Memang letih dan penat ketika sibuk berkempen untuk meraih undi daripada semua orang bagi merebut gelaran Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards. Melihat kesungguhan Mia berkempen, jadi Manchester United Arctic Ice Fan Club telah bersetuju untuk sponsor air minuman Arctic Ice Energy Drink kepada semua peserta kempen Mialiana.com. 

WWWOW! Bestnya. Perbincangan telah diadakan pada hari Selasa 8 Mei 2012 di K-Club, Taman Melawati bersama Encik Nizam, Encik Jurin dan business partner yang lain dalam usaha untuk membantu Mia berkempen di fanpage Manchester United Arctic Ice Fan Club serta fanpage berkaitan yang lain.


Yang paling Mia suka, semua peserta kempen akan menerima 6 tin Arctic Ice Energy Drink, 1 sticker kereta yang ada logo  Manchester United Arctic Ice Fan Club  dan 1 keping poster promosi. Tentu seronok kan? Penghantaran cenderahati ini akan diuruskan oleh Manchester United Arctic Ice Fan Club sendiri. Syukur, alhamdulillah...

Diharap semua peserta kempen akan dapat bergambar dan membuat entri di blog masing-masing untuk mempromosikan Arctic Ice Energy Drink dan Manchester United Arctic Ice Fan Club .

Terima kasih tidak terhingga kepada Manchester United Arctic Ice Fan Club.




Aktiviti terkini  Manchester United Arctic Ice Fan Club  di Malaysia Sports Industry Exhibition pada 4-6 Mei 2012 yang lepas...




p/s: tidak terlintas di fikiran Mia untuk menerima  Manchester United Arctic Ice Fan Club  sebagai sponsor bagi kempen Mialiana.com... betul-betul rasa macam mimpi....

Entri yang berkaitan :