Pembuka tirai segmen banner gift sempena blog ini yang melebihi 7000 follower telah bermula. Blogger jejaka yang menjadi pilihan Mia ialah Caliph Shuriken Dan Mr E'raz Fadli. Mia buat banner ini pun sebagai tanda penghargaan Mia buat mereka. Banner yang biasa tapi tentu akan meninggalkan kenangan buat mereka. Terimalah seadanya. Terima kasih kerana sudi menjadi rakan blogger Mia...

Seorang blogger yang tidak asing lagi di Mialiana.com. Rajin meninggalkan jejak di shoutbox dan mesra meninggalkan komen di mana-mana entri. Caliph ni kenalan blogger Mia sejak Mia mula berkecimpung di bidang blog. Lama juga kawan dengan Caliph. Kalau tak tahu bahasa Jepun, boleh belajar dengan dia. Entri-entrinya berunsurkan ala-ala Jepun sedikit. Orangnya memang best dan tak sombong... Sesiapa yang belum kenal, bolehlah berkenalan dengan dia.





Mula rapat dengan E'raz sejak Mia dapat cenderahati daripada segmen dia. Bertambah rapat bila E'raz jadi peserta kempen Mialiana.com. Seorang yang sporting dan suka merendah diri. Kategori blogger baru yang bukan tahap picisan. Banyak buat entri-entri SEO dan macam-macam lagi. Kerap sungguh update blog. Bila dah letak dalam bloglist, jadi senanglah nak tahu siapa yang rajin update blog. E'raz juga rajin join mana-mana segmen. Pendek kata, berusaha keras dia dalam dunia blog ini. Kalau nak support dia, lawatlah blog dia.





p/s: Mia pun rajin juga datang blog mereka ni...