Pasang Google Custom Search Di Side Bar Blog

Sebenarnya Mia baru sahaja pasang Google Custom Search di side bar blog tadi. Mia ni masih baru sahaja dalam dunia Google Adsense. Selain meletakkan iklan advertiser Google Adsense, produk lain yang boleh diletakkan di blog juga ialah Google Custom Search. 

Jadi, pengunjung akan mudah membuat carian dari blog ini dengan menaip keyword yang diperlukan dan paparan window baru akan keluar dengan keputusan carian tersebut.

Widget yang telah diletakkan di side bar blog. Bolehlah cuba guna ya...

Paparan window baru yang keluar melalui keyword "buah pulasan"


Kepada sesiapa yang dah ada akaun Google Adsense boleh lah mencuba memasang Google Custom Search   ini. Cara-caranya ialah pergi ke My Ads tab, kemudian cari More Products dan klik pada Search.

Selepas itu Search option akan berada di pilihan My Ads seperti di bawah..

Kemudian klik pada New Custom Search Engine, dan isikan semua butiran yang bersesuaian. Mia namakannya Google Search. Jangan lupa klik pada Search Box Style, Ad Style dan Search Result untuk pemilihan layout yang dikehendaki.


Selepas siap klik pada Save and Get Code.  Kemudian copy coding yang tertera dan paste ke dalam blog  melalui Layout >> Add A Gadget >> HTML/Javascript.

p/s: masih banyak lagi yang perlu dipelajari tentang Google Adsense...