Alhamdulillah.... bila keputusan assignment telah keluar semalam pelajar OUM Bangi yang Mia bantu, Ridzwana mendapat 25/30. Tahniah ya.... Wahhh tentulah Mia suka sebab dah berjaya menunjukajar  Ridzwana pada hari terakhir penghantaran assignment.

Nasib baik hari tu Mia tak sibuk dan boleh online. Kebetulan Ridzwana  minta tolong Mia checkkan Context Diagram dan Data Flow Diagram (DFD) yang telah dibuat. Namun ada kesilapan dan Mia minta dia betulkan satu persatu. Betulkan lukisan diagram, penggunaan ayat, tambahan kepada level 1. Semua proses DFD yang dibuat di level 0 harus diterangkan di level 1. Kalau ada 6 proses di level 0, perlu juga dimasukkan 6 proses di level 1. Nasib baik sempat Ridwana buat penambahan yang Mia beritahu. Dalam keadaan kelam kabut, siap juga pada sebelah petangnya. Ridzwana betul-betul berusaha keras untuk menyiapkan assignment dengan betul. Lepas siap, Mia check balik format dan flow data.

Mia bantu yang termampu melalui chat di FB dan emel sahaja. Ternyata cara lukis pun kena betul dan mainkan peranan yang penting, walaupun semua pelajar tahu nak lukis diagram.

Semoga Ridzwana dapat praktikkan apa yang Mia ajar tu, konsep betul untuk lukis diagram semasa menjawab final exam nanti. Good luck!