Bila Sofea Mula Nyanyi...

Semalam... Mia dan Sofea berdua sahaja di rumah. Lepas makan ubat, Mia rehat sambil baring depan televisyen. Sofea pula main-main sendiri. 

Lepas tu, agak-agak dah boring sedikit, Sofea pun capailah mikrofon dan mulalah nyanyi versi sendiri. Suka betul dengan lagu cinta... Mia cuma dengar dan perhatikan sahaja, tanda sokongan moral. Macam-macam gaya dan rupa. Siap gaya tangan lagi.



Bila dah bosan menyanyi, camnilah rupanya. Bila Mia ambil gambar ni, Mia kena bebel dengan Sofea. Katanya, "Mak ni... pesal ambik gambar Sofea? Tak suka lah...".

Ala.. kesiannya. Satu hari duduk rumah temankan Mia. Sayang sangat kat Sofea ni...

p/s: bila balik kampung, orang dah sibuk bertanya, "Bila Sofea nak dapat adik baru?"... Tersenyum simpul je Mia, tak tahu nak cakap apa...