Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekarang ni mesti ada yang sedang sibuk menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sebagai pengganti diri meskipun sekarang ini boleh disampaikan melalui sms, mms, facebook, twitter, blog dan lain-lain saluran media sosial yang lain.

Bila hantar kad, ingatan tu akan ada sampai bila-bila. Boleh juga disimpan sebagai koleksi kad raya. Mia masa sekolah dulu, memang rajin berbalas kad raya dengan kawan-kawan sekolah, yang sama-sama belajar. Rasa macam seronok sangat. Lepas tu, boleh gantung di rumah. Bila kawan-kawan datang beraya ke rumah, masing-masing tengok kad raya daripada mereka ada ke tak... indahnya kenangan masa di sekolah dulu..

Masa bercinta, kad raya memang best.. siap ada lagu-lagu lagi. Memang disimpan. Ala.. zaman muda-muda dulu. Bila berjauhan memang macam tu. Tapi yang pastinya percintaan yang lama itu tidak sampai ke jinjang pelamin. Tak mengapa. Akhirnya kahwin juga tapi dengan orang lain. Jodohnya lambat sampai dengan Suami Mia ni... hehehehe..

Mia pun sekarang ni, dah jarang sangat nak pos kad raya kat kawan-kawan. Semuanya pos kat facebook dan tag sahaja. Zaman dah berubah... 

p/s: kat atas tu kad raya pejabat untuk kakitangan... tengah fikir juga nak bagi kad kat siapa...