Salam semua. Nampaknya ramai yang risau dengan tahap kesihatan Uncle selepas Mia buat entri INI. Semalam, Uncle telah beritahu Mia status terkini melalui FB. Siapa yang tidak risau, kalau blogger idolanya sedang sakit. Sejak semalam, Mia sentiasa doakan Uncle agar cepat sembuh. Terima kasih kepada Aunty kerana telah berikan no handphone Uncle pada Mia. Senanglah Mia nak sms nanti.

"hello mia..ini uncle..sori online kat lappy anak buah kat sini... uncle buat masa ni ada kat thailand...tengah berubat...keadaan uncle agak teruk jugak..2 hari uncle muntah darah...nasib baik muntah time di umah orang mengubat..terpaksa uncle tidur disini. aunty terpaksa berulang...pergi pagi..balik malam semata-mata nak temankan uncle..uncle tak dapat akses blog..cuma tengok sepintas lalu..line tak berapa elok..kat sini. ok jumpa lagi.."

Ternyata kesihatan Uncle memang membimbangkan. Kalau dah sampai muntah darah tu, memang dah tahap bahaya. Di harap Aunty sekeluarga dapat tabah menghadapi semua ini. Kita hanya merancang dan hanya tuhan sahaja yang menentukan. Yang penting kita kena berusaha. Semoga Uncle serasi dengan tempat berubat itu dan akan sihat seperti sediakala.

Mia nak ajak semua yang pengunjung blog ini, tolong doakan Uncle ya... Ramai-ramailah kita berdoa agar Uncle dapat sembuh sepenuhnya.

p/s: kepada sesiapa yang baru tahu, dan untuk lebih jelas, boleh tengok entri Aunty di SINI.