Tengah malam tadi baru sampai ke rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Seronok sebab semua adik-beradik balik. Berborak sampai 5.00 pagi. Banyak betul yang diceritakan.

Aktiviti riadah petang tadi, dimulakan dengan main layang-layang. Adik-adik Mia (Ikin, Bella dan Naufal) pun sama-sama naikkan 3 layang-layang ke atas udara. Angin pula kuat, memang sesuai sungguh. Sofea lah sibuk nak main sangat layang-layang.

Selepas penat main layang-layang, kami terus ke tempat taman permainan di padang yang sama. Sofea terus meluru ke tempat buai dan terus main buai sendiri. Bila dah penat main buai, Suami Mia yang tolakkan buai Sofea.

Pendek kata, riadah petang-petang sambil mengeluarkan peluh. Letih juga.









 p/s : Selamat menyambut Hari Malaysia pada hari ini....