Satu lagi game android yang paling digemari ialah Marble Saga. Hanya perlu habiskan semuanya mengikut warna sebelum sampai ke lubang penamat. Bila dah mula main Marble Saga ni lama-lama boleh jadi ketagih sebab nak cepat-cepat pergi ke level seterusnya.

Kadang yang paling Mia geram betul bila warna yang kita nak tu tidak ada. Terpaksalah tembak kat mana-mana. Lepas itu berterabur sedikitlah susunan warna tu... Seronok main game ini di kala tensen dan boring. Kalau tidak suka muzik dan bunyinya boleh ditutup terus (mute). Mia kalau main game ini suka keadaan yang senyap, tak suka bising-bising boleh hilang konsentrasi.

Kalau tidak puas hati main kat satu level tu markahnya kurang. Boleh main semula dan perbaiki markah kat level tu... Sofea dan Suami Mia pun suka main game android ini... Kuat betul penangannya...

p/s : siapa suka main game ini, sila angkat tangan....

Published with Blogger-droid v2.0.9