Pure Marine Collagen Dah Sampai

Sukanya Mia. Tengahari tadi satu bungkusan Pos Laju telah diterima di rumah keluarga Mia. Mia yang tandatangani serahan bungkusan, sambil tersenyum tak sabar nak tengok Pure Marine Collagen yang Mia order kelmarin.

Bila dibuka, macam inilah rupanya kolagen mentah. 


Ini semua gara-gara selepas blogwalking ke blog Momoy dan baca entri DIY Pure Marine Collagen Mask. Sis Moy memang cantik dan jelita orangnya. Patutlah kulitnya cantik. Terus Mia tanya dan order dengan pengedarnya, Nur Aini di Kuantan dan buat bayaran secara online. Nasib baik sedang dalam promosi. Jadi Mia bayar RM 50.00 dan dapat 3 peket.

Masih baca dan belajar macam mana nak buat masker dan untuk diminum. Bila dah pandai nanti baru Mia buat.

p/s: banyak betul kelebihannya...