Sahkan Kehadiran Konvokesyen Ke-13 Open University Malaysia (OUM)

Akhirnya, keluar juga berita yang ditunggu-tunggu. Pekeliling Pejabat Pendaftar 05/2012 - Majlis Konvokesyen Ke-13 (15-18 Disember 2012) telah pun diumumkan dalam sistem myVLE.

Terus apa lagi Mia cepat-cepat buka http://convocation.oum.edu.my dan semak status graduan Mia. Terus tersenyum lebar Mia dibuatnya.

"Tahniah! Anda telah memenuhi syarat untuk bergraduat tertakluk kepada kelayakan Senat."


klik pada gambar untuk besarkan

Kemudian, Mia sahkan kehadiran Mia secara online pada Borang UP-15. Leganya. Selepas ini, Mia dah boleh buat persediaan awal terutamanya tempat penginapan di Kuala Lumpur nanti.

Mia berada dalam sidang ke 3 pada 16 Disember 2012 (Ahad). Ambil pakaian akademik pada sebelah pagi 15 Disember 2012 (Sabtu).

Bestnya.... tidak sabar betul nak tunggu tibanya masa konvokesyen nanti.

p/s: sayang sangat kat keluarga kerana amat memahami Mia selama belajar 4 tahun di Open University Malaysia.....