Snogurt

Konon-konon nak makan Tutti Fruitti tapi bila on the way nak ke sana terus ternampak Snogurt. Macam best tengok dari jauh. Terus parking di luar dan masuk ke dalam kedai Snogurt.

Keadaan di dalam kedai lebih kurang sama macam kedai Tutti Fruitti. Beza yang paling ketara ialah rasa masamnya lebih sedikit. Sedap juga. Harganya RM 0.49 bagi setiap 10gram. Makin berat, makin tinggilah harganya. Kena pandai bubuh dalam cup ya nanti...

Mia suka perasa yang chocolate dan laici. Letak topping biasa-biasa sahaja. Makan berdua dengan Dayah. Ceriakan diri selepas tension dengan kerja di pejabat.

Kali pertama makan Snogurt, rasanya sedap dan boleh jadi pesaing hebat bagi Tutti Fruitti. Siapa yang belum rasa, cubalah nanti.

p/s : konon nak diet, makan aiskrim yogurt je untuk tengahari...

Published with Blogger-droid v2.0.6