Sebenarnya sejak 3 bulan lepas Sofea selalu merengek nak masuk tadika. "Mak, Sofea nak sekolah". Asal bangun pagi sahaja, perkara pertama yang disebut nak sekolah. Mula-mula Mia dan Suami Mia, biarkan sahaja. Tapi lama-kelamaan bila jalan-jalan ternampak sahaja tadika, Sofea tanya bila dia nak ke sekolah.

Yang paling bestnya, dia tak nak sekolah tadika di Johor Bahru ni. Asyik nak sekolah tadika kat rumah neneknya (Mak Mia) di Batu Pahat. Setiap kali balik, Sofea akan tunjuk sekolah tadika yang betul-betul dekat dengan rumah neneknya. Hmmmm.. kalau nak pergi, jalan kaki sekejap dah sampai.

Mula-mula susah juga nak terima hakikat, Sofea nak sekolah tadika. Lama jugalah nak buat keputusan. Oleh kerana nakkan sangat sekolah tadika tu, Sofea pun tidak kisah tinggal dengan atuk dan neneknya di sana. Minggu lepas hari Selasa (18 September 2012), Sofea mula sekolah tadika. Punyalah suka sehingga tidak kisah pun neneknya tidak tunggu dia. 

baju seragam, baju senam dan beg tadika

Rindunya kat Sofea. Selepas ini, setiap minggu akan balik Batu Pahat nak jenguk Sofea. Sofea pula macam memahami yang mak ayahnya kerja di Johor Bahru. Belajar rajin-rajin ya Sofea... dengar cakap atuk. dengar cakap nenek.

p/s: baru je masuk umur 3 tahun... tiba-tiba terasa macam nak ambil cuti satu hari, nak tengok Sofea kat sekolah tadika...