Sup Gear Box memang menu makan kegemaran keluarga Mia. Hmmm... yang masak sup gear box ini ialah Ayah Mia. Memang sedap.  Yang paling syok, daging dan sum-sum yang ada di tulang. Memang bestlah rasanya bila makan panas-panas.

Lokasi dapur di rumah keluaga Mia di Batu Pahat. Sekali masak sahaja, satu periuk besar. Cukup makan untuk kami sekeluarga. Keluarga besar. Sofea pun makan siap menambah.



p/s: terasa segar bila makan sup gear box ini... jemput makan ya semua....