Tempah Ilustrasi Vector Dengan Apit

Trend blogger sekarang ni, ramai yang letakkan ilustrasi vector gambar sendiri di header dan banner blog. Bila berblogwalking dan ternampak gambar-gambar vector ini, hati mula terdetik nak satu juga.

Akhirnya, Mia hubungi Apit untuk memenuhi hasrat di hati. Apit pun bukan calang-calang blogger dan memang terkenal dengan seni grafiknya. Bukan senang nak lukis ilustrasi vector menggunakan Adobe Photoshop. Mia sendiri pun terkial-kial nak lukis sendiri. Jadi, kita serah sahaja kepada yang pakar.

Jom kita tengok hasil air tangan Apit untuk Mia.....

Ilustrasi Vector yang dibuat oleh Apit



Gambar asal yang Mia berikan pada Apit

Bagaimana? Cantik tak? Wahhh sukanya Mia. Lepas ini dah boleh letak di header dan di banner. Terima kasih ya Apit. Sudi sponsor ilustrasi vector yang cantik ini kepada Mia.

Rekabentuk grafik dan ilustrasi vector yang lain ada di SINI. Kepada yang berminat silalah hubungi Apit untuk tempahan ilustrasi vector.