Tiba-tiba hati ini terasa macam menggatal pula nak buka PR Checker Info nak check Google Page Rank (PR) untuk blog ini. Adakah masih lagi 2 ataupun sudah naik?

Terus Mia mengisi ruangan URL dan klik pada butang Check PR. Inilah hasilnya...


Google Page Rank Naik Kepada 3/10

Wahhh... dah naik nombor 3 lah. Sukanya Mia. Semakin tinggi semakin bagus kedudukan blog untuk berada di carian utama Google. Nak kena maintain lepas ni. Kalau tak maintain boleh turun balik ke nombor 2.

Setakat ini, Mia memang update blog secara konsisten, banyakkan tinggal komen di blog-blog lain  (lagi bagus kalau dapat komen di blog yang berPR tinggi) dan buat internal link dalam blog (dalam entri ada pautan link ke entri lama yang berkaitan).

Syukur alhamdulillah. Naik juga akhirnya.

p/s: mood suka...