Sekarang ini dah mula musim hujan. Baju yang disidai pun susah nak kering. Kalau hujan, terpaksa disidai dalam rumah dan keringkan dengan kipas angin.

Bila Mia tengok info cuaca di aplikasi AccuWeather.com minggu ini di handphone Mia, berderet simbol awan kelabu. Nampak simbol matahari satu sahaja. Faham-faham sendirilah kan, apa maksudnya....

Bagus juga kalau ada aplikasi android ini dalam handphone, senang untuk dijadikan panduan lebih-lebih lagi kalau ingin pergi berjalan-jalan.

Kalau hujan lebat sangat, memang takut nak bawa kereta. Terpaksa berhenti di mana-mana stesyen minyak dan mulakan perjalanan bila hujan dah reda.

p/s : dalam screen capture di atas, Tampoi ialah lokasi tempat kerja Mia...
Published with Blogger-droid v2.0.6