Hari ini Mia nak berkongsi tentang seorang blogger yang pandai menulis entri. Cara penulisan beliau memang membuat Mia kagum. Selalu baca entri-entri di blog beliau untuk mendapatkan inspirasi. Kali pertama mengenali blog ini pada pertengahan tahun ini melalui blogwalking dan semenjak itu memang Mia menjadi pengunjung tetap apabila blogger ini update blog. (Mia memang muka tidak tahu malu ni)


Blogger Taliff memang seorang yang peramah dan selalu juga datang ke blog Mia. Terima kasih ya Taliff sudi berkawan dengan Mia. 

Konsep blog ini simple dan kemas dengan tema warna putih dan kelabu. Penampilan blog yang biasa tetapi mempunyai kekuatan dari segi penulisan. Siapa sangka seorang jurutera pun boleh menulis entri dengan baik.

Mungkin kerana kesibukan, beliau jarang update blognya. tetapi bila update je cepat-cepat Mia pergi ke blognya dan baca. Beliau selalu update blog di waktu malam. (nampak tak? kalau kita selalu datang blog tu, mesti tahu waktu bila dia suka update blog) dan beliau selalu berkunjung ke blog Mia di sebelah pagi. (pecah rahsia sekejap).

Cubalah baca beberapa entri di blognya, tentu akan rasa terpaut dan akan datang lagi. 

p/s: cara penulisannya harus dicontohi...