Mia baru sahaja perasan emel yang dihantar oleh Open University Malaysia (OUM) tentang keputusan pemilihan calon Anugerah Canselor OUM untuk Konvokesyen yang ke 13 pada bulan Disember 2012. Mia tidak berjaya dalam pemilihan tersebut.

Walaubagaimanapun Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang doakan Mia tempohari dan juga kepada OUM yang sudi memberi peluang untuk Mia menjadi salah seorang daripada calon untuk menerima Anugerah ini. Ini pun sudah dianggap pencapaian terbaik dalam hidup Mia. Bukan senang untuk dicalonkan dan juga berada di kalangan pelajar-pelajar terbaik Open University Malaysia (OUM).

Mia telah pun berusaha dan rezeki bukan di tangan Mia. Tidak mengapalah. 

Sememangnya anugerah berprestij ini hanya layak untuk seorang sahaja pelajar terbaik keseluruhan (diploma, ijazah dan sarjana). Tahniah kepada pelajar yang terpilih.

Jom tengok emel yang Mia terima.....


p/s: sentiasa bersyukur....