Mula-mula ingatkan macam dah nak baik sakit simpul biawak ni, tetapi pagi tadi masa bangun terasa macam tidak  boleh jejakkan kaki ke lantai pula. Sakit simpul biawak (cramp) masih lagi terasa di kawasan betis. Ingatkan nak urut sahaja, tetapi Suami Mia suruh pergi klinik untuk dapatkan rawatan.

Jadi sebelum tengahari tadi, Mia ke klinik dan doktor bagi ubat cramp, urat, bengkak, tahan sakit dan krim  sapu panas. Hari ini terpaksa ambil cuti sakit (MC). Lepas makan ubat baru rasa lega.


Bila dah reda nanti, barulah nak pergi urut. Kalau pergi urut sekarang tentu boleh menangis menahan kesakitan. Tak boleh dibiarkan lama urat yang bersimpul ni nanti boleh masuk angin kata orang-orang tua.

p/s: mungkin penat sangat berjalan masa kursus tempohari ataupun kurang kalsium ataupun sejuk kena aircond... huhuhu...