Ubat Sakit Simpul Biawak (Cramp)


Mula-mula ingatkan macam dah nak baik sakit simpul biawak ni, tetapi pagi tadi masa bangun terasa macam tidak  boleh jejakkan kaki ke lantai pula. Sakit simpul biawak (cramp) masih lagi terasa di kawasan betis. Ingatkan nak urut sahaja, tetapi Suami Mia suruh pergi klinik untuk dapatkan rawatan.

Jadi sebelum tengahari tadi, Mia ke klinik dan doktor bagi ubat cramp, urat, bengkak, tahan sakit dan krim  sapu panas. Hari ini terpaksa ambil cuti sakit (MC). Lepas makan ubat baru rasa lega.


Bila dah reda nanti, barulah nak pergi urut. Kalau pergi urut sekarang tentu boleh menangis menahan kesakitan. Tak boleh dibiarkan lama urat yang bersimpul ni nanti boleh masuk angin kata orang-orang tua.

p/s: mungkin penat sangat berjalan masa kursus tempohari ataupun kurang kalsium ataupun sejuk kena aircond... huhuhu...

Post a Comment

21 Comments

  1. kat tempat sy panggil..."nyetok karung" hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak scar... macam tahu2 je orang pantai timur. mia sendiri pun tidak berapa pasti sebab tak tahu... huhuhuh

      Delete
    2. nak menyibuk kat sini jugalah.. hehe
      betul kata nugrul tu... nyetok karung...

      Delete
    3. oooo... tu la baru first time kak mia dengar ruha... ;)

      Delete
  2. betul..betul..betul...ikut cakap Doctor tau..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mia....semoga cepat2 sembuh yer...:(

    ReplyDelete
  4. Wah, banyaknya Obat....apa pun semoga cepat sembuh Mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... ngeri bila nak makan ni... terima kasih ya taliff..

      Delete
  5. ubat tahan sakit jangan jadik amalan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat yang satu ni memang tak makan... katanya tak elok...

      Delete
  6. tak elok lagi ye kak mia..semoga cepat sembuh kak mia..

    ReplyDelete
  7. kata doktor pil lagi berkesan. bertindak dari dalam. tq ya nana...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia....esok mia pi ke kenduri kawin broframestone kat Parit Raja tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.... haah mama... mia join rombongan pengantin lelaki..

      Delete